Daripada Ibn Abbas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Ada dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan
dan waktu lapang.” (Riwayat Bukhari)
Orang yang beriman, apabila ditimpa sesuatu musibah atau penyakit, dia akan
tetap bersyukur dan semakin akrab dengan Allah. Kerana dia tahu, sakitnya itu
boleh menghapus dosa-dosanya yang lalu. Dia sentiasa berbaik sangka dengan
Allah.
Sekiranya iman seseorang itu kuat, maka cubaan dan ujian yang menimpanya
juga berat.
Daripada Anas Bin Malik r.a.,bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud : “Sesungguhnya balasan pahala yang besar diperoleh melalui ujian
yang besar. Kalau Allah mencintai seseorang, pasti Allah akan memberikan ujian
kepadanya. Sesiapa yang reda menerima ujian Allah, maka baginya keredaan-Nya.
Dan sesiapa yang marah atau kecewa, nescaya ia akan mendapat kemurkaan-Nya.”
Seseorang hamba akan mendapat ujian dan cubaan sesuai dengan kadar iman yang
bertahkta di hati dan jiwanya untuk Allah.
Suatu hati, Rasulullah s.a.w. datang menemui Ummu Saib. Baginda bertanya
: “kenapa engkau menggigil seperti itu wahai Ummu Saib?”
Wanita itu menjawab : “Demam, Allah tidak memberkati padanya.”
Rasulullah s.a.w. bersabda : “Jangan engkau mengutuk penyakit demam kerana
penyakit itu boleh menghapuskan dosa-dosa anak-anak Adam… (Riwayat Muslim)
Bersyukurlah andai kita ditimpa musibah atau ditimpa penyakit walaupun hanya
sekadar demam. Kerana melalui musibah-musibah itu, ada pengampunan dosa. Yakin
dan percayalah pada Allah.
Imam Ibn Abi al-Dunya menceritakan : “ Sesungguhnya para ulama’ dahulu
mengharapkan ditimpa demam satu malam agar diampunkan dosa-dosa mereka yang
lampau.”
Bergembiralah dalam menghadapi derita yang menimpamu..
Ukirlah sebaris senyuman walaupun berdepan dengan tekanan..
Senangkanlah hatimu dengan jaminan janji-Nya untukmu..
Berlapang dadalah agar kau bertemu dengan kemanisan iman..