selingan

Monday, 12 September 2011

LEga laaa...

fuhhh..... selamat...
 nasib baik aku dah buat smua assignmnt
klu tak terpaksalaaa.... aku berjaga malam lagi....
tak lama lagi nak abis sem 1....
bleh balik rumah.... rindu aku dengan rumah aku..
itu yg seronoknya.... hoorray!!!

bleh la aku jumpa kwn-kwn lama...
rindunya kat mereka..,
mesti mereka dah berubah
dah matang dah 
takde mcm budak2 lgi kot...
harap2 mcm tu laaa....:)

sAkit itu Satu nikmat.....

Daripada Ibn Abbas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Ada dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan waktu lapang.” (Riwayat Bukhari)
Orang yang beriman, apabila ditimpa sesuatu musibah atau penyakit, dia akan tetap bersyukur dan semakin akrab dengan Allah. Kerana dia tahu, sakitnya itu boleh menghapus dosa-dosanya yang lalu. Dia sentiasa berbaik sangka dengan Allah.
Sekiranya iman seseorang itu kuat, maka cubaan dan ujian yang menimpanya juga berat.
Daripada Anas Bin Malik r.a.,bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya balasan pahala yang besar diperoleh melalui ujian yang besar. Kalau Allah mencintai seseorang, pasti Allah akan memberikan ujian kepadanya. Sesiapa yang reda menerima ujian Allah, maka baginya keredaan-Nya. Dan sesiapa yang marah atau kecewa, nescaya ia akan mendapat kemurkaan-Nya.”
Seseorang hamba akan mendapat ujian dan cubaan sesuai dengan kadar iman yang bertahkta di hati dan jiwanya untuk Allah.
Suatu hati, Rasulullah s.a.w. datang menemui Ummu Saib. Baginda bertanya : “kenapa engkau menggigil seperti itu wahai Ummu Saib?”
Wanita itu menjawab : “Demam, Allah tidak memberkati padanya.”
Rasulullah s.a.w. bersabda : “Jangan engkau mengutuk penyakit demam kerana penyakit itu boleh menghapuskan dosa-dosa anak-anak Adam… (Riwayat Muslim)
Bersyukurlah andai kita ditimpa musibah atau ditimpa penyakit walaupun hanya sekadar demam. Kerana melalui musibah-musibah itu, ada pengampunan dosa. Yakin dan percayalah pada Allah.
Imam Ibn Abi al-Dunya menceritakan : “ Sesungguhnya para ulama’ dahulu mengharapkan ditimpa demam satu malam agar diampunkan dosa-dosa mereka yang lampau.”

Bergembiralah dalam menghadapi derita yang menimpamu..
Ukirlah sebaris senyuman walaupun berdepan dengan tekanan..
Senangkanlah hatimu dengan jaminan janji-Nya untukmu..
Berlapang dadalah agar kau bertemu dengan kemanisan iman..

aDAb beLAjar

mengikut Imam Ghazali....
  • Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan - ikut jantina
  • Jangan banyak bercakap di hadapan guru 
  • Jangan bercakap jikalau tidak ditanya
  • Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru 
  •  Jangan menyangkal kata-kata guru
  •  Jangan mengumpat pelajar lain 
  • Jangan berbisik di hadapan guru 
  • Jangan berpaling kiri dan kanan 
  • Jangan menyoal semasa guru kepenatan 
  • Berdiri apabila guru bangun 

Lawak Jenaka... best punye....

baca taww...

Salah tafsir
Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.
Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu
tunjukkan sebentar tadi??”

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,
UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK…

Pengajaran : Cakap biar terang, bak kata-kata dalam filem P Ramlee……….


KENTUT
org Amerika kentut ckp EXCUSE ME
org British kentut ckp PARDON ME
org Singapore kentut ckp FORGIVE ME
org kita kentut ckp NOT ME! NOT ME!

Sunday, 11 September 2011

anTarA NaSIHat berGUNa

nasihatnya....
  • -النجاح سلم لا تستطيع تسلقه ويداك في جيبك
Kamu tidak akan dapat memanjat tangga kejayaan dengan tangan didalam saku.
  • - قد تنسى من شاركك الضحك…لكن لا تنسى من شاركك البكاء 
Kadang-kadang kamu lupa untuk sama-sama bergembira tetapi jangan kamu lupa untuk sama-sama menangis.
  • - إن الناس لا يخططون من أجل الفشل … ولكنهم يفشلون فقط في التخطيط 
Manusia tidak merancang untuk kegagalan tetapi mereka gagal dalam merancang.
  • - لا تكن حلوا فتؤكل… ولا تكن مرا فتلفظ…. 
Jangan ketika manis kamu bertawakkal dan jangan ketika susah kamu baru berbicara.
  • - الابتسامة كلمة طيبة بغير حروف 
Senyuman adalah sebaik-baik perkataan tanpa huruf.
  • - تعلم قول لا أدري… فإنك إن قلت لا أدري علموك حتى تدري 
Pengakuan tidak tahu menyebabkan kamu akan lebih tahu apabila kamu diajar untuk  lebih tahu.
  • وإن قلت أدري سألوك حتى لا تدري 
Jika kamu mengaku kamu tahu segala-galanya, manusia akan bertanya kepada kamu sehingga kamu tidak tahu jawapannya.
  • - من يفقد ثروة يفقد كثيراً…ومن يفقد صديقاً يفقد أكثر… ومن يفقد الشجاعة يفقد كل شئ 
Sesiapa hilang kekayaan,banyak perkara yang akan hilang..Sesiapa hilang kawan, banyak perkara akan hilang…Sesiapa hilang keberanian akan hilang segala-galanya.
  • - من ينل ينسى … أما الذي يريد فيفكر طويلاً 
Apa yang kamu miliki akan kamu  lupai tetapi apa yang belum menjadi milikmu, kamu akan sentiasa berfikir untuk mendapatkannya.
  • - لا تفكر في المفقود… حتى لا تفقد الموجود…. 
Jangan terlalu berfikir pada apa yang telah hilang sehingga apa yang telah kamu miliki turut hilang.
  • وأخيراً:
الكلمة الطيبة ليست سهماً … لكنها تخرق القلب,
Perkataan yang baik bukanlah anak panah  tetapi dapat membinasakan  hati.

Wednesday, 7 September 2011

PERNAH KAH??

Dalam setiap kehidupan semua manusia mempunyai orang-orang yang kita sayang kan?
Contoh yg terdekat ibu bapa kita...family kita..
Pernah tak kita terfikir yang kita akan kehilangan mereka?
Pernah tak kita terfikir yang mereka akan tinggalkan kita buat selama-lamanya?
Mesti kita langsung tak terlintas di fikiran kita untuk memikir hal tersebut..

Sekiranya orang yang kita sayang masih hidup..hargai la mereka..
Jangan sampai timbul rasa kesal dalam diri kita..


Tuesday, 6 September 2011

KEuniKAn bATik

seni batik
  •  satu kaedah reka bentuk dan pencorakan tekstil yang diasaskan kepada penggunaan lilin dan pewarna. 
  • unik dan istimewa kerana tidak ada sehelai batik yang sama dengan yang lain sekalipun menggunakan blok cap dan warna yang sama.
 batik terap
    -berasal dr Terengganu yang mempunyai warisan yang lama.
      -menggunakan teknik cap iaitu aplikasi lilin  dengan blok cap dan pewarnaan secara celupan ke dalam pewarna.

      -menghasilkan batik sarung dan batik lepas yang popular dalam kegunaan harian. 
batik tulis
    -seni batik yang agak baru dan dipengaruhi oleh teknik canting yang popular di Indonesia.
    -menggunakan teknik canting iaitu aplikasi lilin dengan menggunakan canting diatas permukaan tekstil diikuti dengan pewarnaan menggunakan berus.


 


Monday, 5 September 2011

KAWAN KUU....

  • SEMUA BERHARAP UTK MENJADI TEMAN MU..
  • TEMAN YANG SENTIASA BERSAMA KU KETIKA SUKA DAN DUKA
  • MENJADI TEMPAT KU BERGANTUNG.....MELUAHKAN PERASAAN UNTUK MELEPASKAN TEKANAN
  • KITA SENTIASA BERSAMA-SAMA DAN BERKONGSI SEGALANYA .... SUKA DAN DUKA
  • BERSAMA-SAMA KITA MENEMPUHI ALAM REMAJA YANG PENUH ONAK DURI..
  • TAWA DAN RIANG YANG KITA KONGSI BERSAMA TIDAK DAPAT KU LUPAKAN SEHINGGA AKHIR HAYAT KU...
  • AKAN KU KENANGKAN MEMORI KITA DALAM INGATAN KU
  •  KU SENTIASA UTUSKAN MU KAWAN DALAM DOAKU....
SEMOGA KAWANKU BERJAYA DALAM MENEMPUHI HIDUP YANG PENUH DENGAN DUGAAN INI....
         KU TITIPKAN INI KHAS BUAT MU ...... 


SESAAT UNTUK MENCARI KAWAN....
SEMINGGU UTK BERKENALAN...
SEBULAN UNTUK MENJADI TEMAN...
SETAHUN UTK MENJADI RAPAT...
SELAMA-LAMANYA UNTUK MELUPAKANNYA...
BESTFRIEND FOREVER..

C.I.N.T.A


ADA APA DENGAN CINTA......?
JIKA KITA BERTANYA KPD SESIAPA... APA ITU CINTA?
MEREKA PASTI AKN MENJAWAB:
  • CINTA ITU BUTA 
  •  CINTA ITU MENYAKITKAN 
  • CINTA ITU SERONOK
CINTA ITU... CINTA INI...
BANYAK DEFINISI YG BOLEH KITA TAKRIFKAN
TETAPI APABILA DIKATAKAN CINTA ITU...
CUMA INGIN NAK TEST AJE...
APAKAH REAKSI ANDA?

BERSAMA-SAMA KITA RENUNGKAN...
  •   CINTA YANG BERLANDASKAN HAWA NAFSU TAKKAN KEKAL LAMA
INI KERANA KITA CUMA TERTARIK PADA PENAMPILAN LUAR SESEORANG. MUNGKIN KERANA SBB DIA HANDSOME, LAWA ATAU KERANA DIA POPULAR...
CINTA INI TAKKAN KEKAL LAMA...
  • CINTA YANG BERLANDASKAN AGAMA
CINTA INI BOLEH DIPEROLEHI APABILA JODOH SESEORANG TELAH DITENTUKAN TUHAN. PERCAYA PADA HATI NURANI KITA SENDIRI DAN BUKAN MENGIKUT NAFSU.CINTA ITU PASTI AKAN DATANG APABILA TELAH DI TENTUKAN.DI HATI NURANI TERLETAKNYA SATU KEBAIKAN. APABILA TELAH MENEMUI SESEORANG YANG BAIK PERIBADINYA DAN KITA SELESA BERSAMANYA ITULAH CINTA .
INSYAALLAH AKAN KEKAL LAMA ....

NASIHAT

  • NAK JADI ORANG MUSLIM MEMANG SENANG
  • NAK JADI ORANG MUKMIN DAH MENJADI SEDIKIT SUSAH
  • NAK JADI ORANG YANG BERTAKWA LAGI SUSAH..
* Jadi cuba kita renung sejenak kita dimana??tepuk dada tanya selera...
 hanya diri kita sendiri yang tahu dimana kita berada.